.::kerana ada sesuatu::.

kerana ada sesuatu... aku bisa jadi insan kuat... aku bisa jadi insan tabah...

Name:

aku insan yg mencari diri.. dari mana, di mana dan ke mana.. merangkak menilai kasih insan.. bertatih menggapai cinta Ilahi..

Wednesday, June 28, 2006

kenapa ye...

ermm...apa ye yg ingin kucoretkan...'cahaya pena'...tertanya-tanya kenapa aku menggunakan perkataan azimat itu untuk blog tersayang ni?? penat memikirkan nama terbaik untuk blog ini dan inilah hasilnya. cahaya adalah nur. moga nur dari blog ini mampu menyinari hidup kalian pembaca budiman. moga nur ini mampu menyinari penulis. agar kita sama-sama tenang dan bahagia. pena jadi perantara. antara penulis dan kalian. tulisan yang mungkin jadi medan dakwah. namun kesannya hanya Allah yang mampu catatkan..moga kita sentiasa dalam rahmatNya..

Tuesday, June 27, 2006

ujian kesetiaan

KATAKANLAH : "LARI ITU SEKALI-KALI TIDAK TIDAKLAH BERGUNA BAGIMU, JIKA KAMU MELARIKAN DIRI DARI KEMATIAN ATAU PEMBUNUHAN, DAN JIKA (KAMU TERHINDAR DARI KEMATIAN) KAMU TIDAK JUGA AKAN MENGECAP KESENANGAN KECUALI SEBENTAR SAJA" (AL-AHZAB : 33, 16)
Beberapa hari lepas membaca terjemahan ayat ini bersama beberapa sahabat yang lain. Seperti rasa terpukul. Rasa darah menyerbu ke muka. Tepat waktunya tika tingkah ini janggal tarinya. Cacat tarbiyahnya. Hilang lunak nadanya. Terasa hebatnya kasih sayang Allah pada hambaNya. Tika diri hampir tergelincir dari landasnya, hampir lari dari paksinya..rahmat Allah jadi asbab..
Sejak akhir-akhir ini banyak perkara yang menguji aku..hatiku..kekuatanku.. Patutkah aku terus berada di ruang ini? Di wadah ini? Ikhlaskah aku? Walau keliru manapun, pastika dirimu masih dalam dakapan cinta Ilahi...

Monday, June 26, 2006

PiKiRaN tGh MeNgOnG!!!

rambut baru
cermin mata baru
nombor baru
telefon bimbit baru

sempena buka sem nanti..
aku nk lupakan sejarah silam..
kenangan lalu..
yg melemahkan diri ini..

tp ianya akan tetap terpahat
dlm hatiku..
kerana ia penguat hatiku..
dihari mendatang..
smg aku tetap tabah..

ApA sBnrNya Yg Aku iNgiNkN???

Hari semalam kulalui dgn amat lemah dan longlai. Knp aku? Jwpn yg aku sndiri tak temui di mana.. Ahh..kau tahu jwpnnya tp kau menidakkan.. Mengelak belum tentu mnyenangkan hati..mengelak tak dapat selasaikan masalah. Sekali lg aku btanya, knp aku? Knp aku? Ahh..aku insan yg tlalu mendambakan kasih insan.. Terlalu berharap kasihku dibalas.. Antara aku dan dia dah tak seperti dulu. Dia yg smkn sibuk.. Tak tau sibuk atau menyibukkan diri. Tak mahu ada ruang utk mngingati diri ini. Tak mahu ada ruang utk merindui dan menyayangi diri ini. Hanya mencari ruang utk melupa dan melenyap..
Aku tak mahu menyusahkan dirinya lagi. Tak mahu membuatkan dia susah hati. Tak nak mmeningkan kepalanya.. Walauapapun tingkahku, sayangku padanya masih sama. Tak berubah sedikit pun. Walau aku dijauhkan darinya. Walau aku dipisahkan darinya. Walau ingatannya padaku kian pudar.
Ya Allah...Kau kuatkanlah hatiku menghadapi dugaan ini..Jangan jadikan aku insan lemah kerana ujian kasih sayangmu ini.. Ikhlaskan aku utk melepaskannya.. smkn menjauh dari diri ini.. Biarku tenang membiarkannya dalam dakapan kasih sayangMu... Ikhlaskah aku? Kuatkah aku? Ingatlah wahai aku, Allah lah sebaik-baik tmpt mengadu. Sebaik-baik tmpat menagih kasih. Segala yg tjadi adalah yg tbaik bagi dirimu..walau buruk pd pandangan insanmu.. Kau tahu kan hakikat itu.. Kau yg sering bicara soal itu.. katakan kembali pada dirimu agar kau tetap tabah..menghadapi hidup ini. Jangan tlalu berat memikirkan soal hidup krn kau tak tahu berapa lama lagi kehidupanmu..
SubhanAllah... Dialah tempat pergantungan mu.. Tanamkan rasa sayang dan cintamu hanya pdNya agar kau tak kecewa.. Agar kau sentiasa tenang dan bahagia dlm dugaan dan nikmatNya...

Tuesday, June 20, 2006

EnTaH

Menyibuk diri
Melupa soal hati
Mencari diri
Mampukah aku?
Entahla...

Thursday, June 15, 2006

DIARI HATI

Pada asalnya mewujudkan blog ni hanya untuk menitipkan bahan-bahan ilmiah…tapi rasanya seronokkan kalau dapat menjadikannya satu diari yang mencoret kata-kata hati…kadang-kadang kalau asyik bercerita pada orang lain, ianya akan membuatkan kita bergantung pada orang. Kalau ditakdirkan orang yang kita percaya tu tak berkesempatan untuk mendengar apa yang kita nak luahkan..lebih baik luahkan dengan cara ni..kadang-kadang tak semua boleh diceritakan pada orang lain..tapi jangan lupa ALLAH sebaik-baik tempat mengadu..

AKU YANG KELIRU..

Melukai hati sendiri
Demi kebahagiaan orang lain
Demi kepentingan orang lain
Ingin melihat orang yang dikasihi
Gembira dan ceria..

Namun
Bahagiakah aku?
Tenangkah aku?

Ingatlah…
Kau hanya mampu menyayangi orang lain
Sebanyak manapun
Tapi…
Kau tak mampu memaksa orang lain
Menyayangi dirimu
Sebagaimana engkau menyayanginya

Carilah cinta teragung
Untuk buat kau bahagia dan tenang..